Wahai Manusia, Cipta Sejarah Hidupmu

Wahai manusia yang bijaksana, ketahuilah, sewaktu engkau lahir, orang di sekelilingmu tersenyum tertawa menyambut kehadiranmu. Justeru, gunakanlah kebijaksanaan yang dikurniakan kepada dirimu untuk mengolah sejarah hidupmu agar apabila engkau pulang bertemu Allah nanti, engkau tersenyum, orang di sekelilingmu pula yang menangisi pemergianmu

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki

Pulang

Pulang setelah letih mencari sesuatu yang semakin menjauhkan aku dari kampung halaman.

Pulang tatkala ada sesuatu yang datang mengetuk pintu hati yang kelam.

Pulang dengan busuk lumpur dan selut menyelimuti tubuh yang tidak terurus.

Pulang meski masih aku belum mengerti.

Pulang, kerana rindu itu teramat menyesakkan jiwa.

Pulang, kerana aku tahu seluruh jiwa dan ragaku berasal dari sana.

Pulang, kerana aku tahu suatu masa aku pasti diarahkan untuk pulang sama ada aku rela atau terpaksa.

Pulang, jalannya terasa jauh, sepanjang perjalanan dihiasi dengan perhiasan indah tipu daya dari musuh yang nyata dan nafsu yang amarah.

Semoga perjalanan pulang ini dikurniakan pembimbing yang akan menjadi penunjuk jalan, dilindungi dan dirahmati oleh Allah سبحانه و تعالى