Pesanan Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam semasa menghadapi musibah Covid-19

Antara beberapa nasihat ringkas yang sangat berharga daripada Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki dalam menghadapi wabak covid-19 ini

  1. Kuatkan tawakal dan mohon perlindungan diri kepada Allah Taala;
  2. Ambil langkah-langkah keselamatan yang dianjurkan;
  3. Jangan lupa Hizib Bahar, Hizib An-Nawawi dan Ratib Haddad dan doa Pemelihara Diri, lihat buku Bekal Akhirat;
  4. Jangan takut yang berlebihan kepada virus itu, mintalah perlindungan kepada Allah.

Rujuk video kuliah Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam untuk mempelajari dengan lebih lanjut bagaimana kaedah untuk mengamalkan Hizib Bahar, Hizib An-Nawawi dan Ratib Al-Haddad.

Sebaiknya usahakan untuk memiliki Kitab Bekal Akhirat ini sekurang-kurangnya satu sebagai rujukan amalan harian di rumah.

Selain daripada Hizib Bahar, Hizib An-Nawawi, Ratib Al-Haddad dan Doa Pemelihara Diri, terdapat banyak lagi amalan harian yang terkandung di dalam kitab ini seperti Surah Yasin, Surah Al-Waqiah, Surah Al-Mulk, Selawat Nabi, Wirid dan Doa selepas Solat, koleksi Doa-doa pilihan, Wirid-wirid Imam Al-Ghazali, serta beberapa Qasidah pilihan Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki.

Berikut disediakan Hizib-hizib yang tersebut di atas sebagai rujukan alternatif saudara-saudari dalam beramal.

Hizib Bahar

Sebaiknya dibaca selepas solat Subuh, boleh juga di baca pada waktu Dhuha.

Hizib An-Nawawi

Dibaca selepas solat Asar

Ratib Al-Haddad

Sebaiknya dibaca selepas Solat Maghrib, boleh juga dibaca selepas solat Isyak

Download Ratib Al-Haddad

Doa Pemelihara Diri - Kitab Bekal Akhirat

Wallahu A’lam. Semoga bermanfaat.

Lain-lain yang berkaitan dengan “Covid-19”

Beberapa Perkara Yang Perlu Kita Ketahui Tentang Corona Virus

Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani berkongsi beberapa info menarik dan sangat berguna agar kita tidak terlalu panik menghadapi penularan wabak covid-19 yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia.

Lihat maklumat ringkas tentang Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani

Sumber

Sanad Media

Corona Virus, Antara Syariat dan Hakikat

Maklumat Ringkas Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani

Nama beliau adalah Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani, nasab keturunan Sayyidina Hasan bin Ali, cucu Rasulullah Shallallahu `alaihi wa Sallam. Seorang doktor pakar bedah yang murobbi, alim, zuhud dan wara’, juga pakar dalam pelbagai bidang ilmu agama. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ulama Al-Azhar As-Syarif.

Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah.

Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada Disember 1978.

Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang Pembedahan Am dan Pembedahan الأوعية الدموية(Saluran Darah/Vascular surgeon) juga dari Universiti Kaherah pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam ‘Pembedahan Am’ juga dari Universiti yang sama pada Mei 1991.

Kemudian beliau meneruskan pengajian di bidang syariah (B.A) dalam kuliah Syariah wal Qanun, Universiti Al-Azhar pada tahun 1992 dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada tahun 1997.

Beliau mula menghafaz Al-Quran dengan riwayat Hafs ‘an ‘Asim semasa dalam pengajian di kuliyah perubatan melalui guru beliau Fadhilat as-Syeikh Abdul Hakim bin Abdul Salam Khatir (sekarang bertugas sebagai panel rujukan al-Quran al-kareem di Madinah) dan berjaya mengkhatamkannya secara hafazan pada tahun 1985.

Guru al-Quran beliau yang lain ialah Syeikh Muhammad Adam, Syeikh Muhammad Badawi as-Sayyid yang bersambung sanad mereka dengan Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وسلَّم melalui Saidina Jibril alaihissalam dari Luh Mahfuz dari Allah سبحا نه وتعالى .

Guru-guru Beliau

  1. Syeikh Hafiz at-Tijani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto’ Imam Malik selama 2 tahun (1976-1978)
  2. Syeikh Muhammad Najib al-Muti’ie rahimahullah (pelengkap kepada kitab al-Majmu’ bisyarhil al-Muhazzab), beliau menghadiri pengajian Sahih al-Bukhari dan kitab-kitab fiqh Syafi’ie, beliau juga mendapat sanad hadis dan fiqh ketika pengajian di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).
  3. Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab as-Syamaa-il lit-Tirmizi, al-Muwatto’ Imam Malik, al-Luma’ fi Ilmi al-Usul yang dibacakan oleh Syeikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang). Beliau mengambil sanad tariqat as-Siddiqi ad-Darqawiyah as-Syazuliyyah dari gurunya ini.
  4. Syeikh Ahmad al-Mursi an-Naqsyabandi rahimahullah, salah seorang dari ulama Al-Azhar. Beliau kerap menziarahinya dan mengambil banyak faedah darinya.
  5. Syeikh Isma’il Sodiq al-Adawi rahimahullah, bekas imam besar Masjid Al-Azhar. Beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto’ dan tafsir sebahagian surah dari al-Quran. Beliau sentiasa bersama dengan gurunya ini untuk beberapa tahun dan sering bermusafir bersama ke pedalaman Mesir untuk ziarah para solihin. Beliau banyak mempelajari mengenai hakikat ilmu tasawuf darinya.
  6. Fadhilat al-Ustaz Prof. Dr. Syeikh Ali Jum’ah hafizahullah (Mufti Mesir sekarang), juga sahabat seperguruan beliau dengan Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah.
  7. Fadhilat al-Ustaz al-Imam Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini rahimahullah(ulama sufi besar Mesir)
  8. Syeikh as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah.(ulama hadis besar haramain)
  9. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa’iets al-Husaini al-Kittani hafizahullah, muhaddis dan musnid Iskandariah.
  10. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Muhammad Rabi’e al-Jauhari hafizahullah (mantan Dekan Kuliah Usuluddin, Univ. al-Azhar).
  11. Fadhilat as-Syeikh al-Habib Ali al-Jufri hafizahullah
  12. Fadhilat al-Ustaz Hassan Osman hafizahullah.

dan ramai lagi guru-guru beliau.

Sumber

Sanad Media, Biografi Sheikh Dr Yusri Rushdi Sayyid Jabr al-Hasani, Google

Nasihat daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dalam Menghadapi Wabak Corona Virus

Catatan ringkas.

  • Sebagai peringatan kepada manusia agar takut dan segera kembali kepada Allah. Segala kerosakan di muka bumi ini adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri.
  • Sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman.
  • Memandang hikmah di sebalik musibah sebagai rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
  • Berdoa dan bermunajat dengan bersungguh-sungguh, telus, kusyuk, penuh pengharapan dan menyandarkan segala-galanya hanya kepada Allah.

Semoga Allah melindungi kita semua dan mengangkat musibah yang melanda kita saat ini.

Lain-lain yang berkaitan dengan “Covid-19”

Sumber

Jalan Iman

Hentikan perbuatan berbantah-bantah

Saat ini, kita berhadapan dengan suatu musibah besar yang sedang melanda dunia. Hampir seluruh dunia (saat tulisan ini disediakan) merasakan kebimbangan menghadapi wabak Covid-19. Negara-negara maju seperti Itali, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun dan lain-lain, tidak terkecuali daripada serangan wabak ini.

Dengan jumlah kes melebihi 421,287 peringkat global dan jumlah kematian seluruh dunia melebihi 18,804 (setakat artikel ini ditulis), anda boleh bayangkan betapa dasyatnya serangan Covid-19, baik dari sudut kesihatan, kesejahteraan mahupun ekonomi sejagat. Statistik di bawah ini menceritakan bagaimana ‘ganas’ dan ‘buas’ Covid-19 menyerang dunia kita.

Namun, Covid-19 bukanlah menjadi fokus utama dalam tulisan ini, kerana ada lagi satu musibah virus yang sering kali menular dalam sesetengah masyarakat kita tanpa mengira pegangan agama, budaya bangsa, atau jantina. Yang lebih merisaukan lagi, semakin hari semakin tinggi kadar penularan virus ini.

Continue reading “Hentikan perbuatan berbantah-bantah”